Ajaran Sesat

       Ajaran – ajaran sesat mulai merambat di mana-mana dan kebanyakan melanda generasi-generasi muda. Ini sangat disayangkan, karena bisa merusak orang yang terkena ajaran sesat..
Maka sebelum kita terjerumus ke ajaran-ajaran sesat (mudah-mudahan tidak) kita harus tau lebih dulu apa yang di maksud dengan ajaran sesat itu sendiri.

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT

  • Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
  • Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

  • Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
  • Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
  • Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
  • Menolak perkara yang qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
  • Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
  • Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
  • Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
  • Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
  • Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

  •   Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
  •   Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
  •   Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
  •   Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

The URI to TrackBack this entry is: http://ravlblog.blogsome.com/2007/10/29/ajaran-sesat/trackback/

RSS feed untuk merespon post ini. Live Bookmark for Comments

Respon kepada “Ajaran Sesat” »

  1. Gravatar Image

    Ridu berkomentar:

    waduh, ada satu ciri lagi, yaitu kalo menyembah lo mi, brarti itu juga aliran sesat!!

    15 hours after the fact.
  2. Gravatar Image

    Azmi Basyir berkomentar:

    ya iyalah… ngapain juga nyembah gw.. ga ada yang nyuruh kan???

    1 day after the fact.

Tinggalkan Komentar Kamu


Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.